June 25, 2011

Aku Di Hari Perebutan Samsung Galaxy S 2

Salam.. Hai..

Ok.Ramai yang tahu hari Rabu lepas 22 Jun 2011 Samsung telah melancarkan Smartphone terbarunya iaitu Samsung Galaxy S II.Yang mana kejadian berlaku di Centre Court Midvalley MegaMall..
Manakala ramai pula yang tak tahu dah lama aku dok intip-intip Samsung Galaxy S II neh..hehe..

Sempena pelancaran smartphone terbaru ini Samsung dengan kerjasama Maxis telah mengadakan promosi yang agak hot-hot gitu untuk pengunjung 300 yang pertama..Maka ramai lah peminat-peminat tegar smartphone tak nak lepaskan peluang macam ni kan..Untuk pelanggan 300 pertama hanya perlu membayar RM799 sahaja untuk smartphone ini..siapa tak nak beb..tapi dengan syarat kena pakai Maxis line lah..:)

Memandangkan dah lama aku idam-idamkan smartphone ini manakan mungkin aku akan lepaskan peluang sebegini kan..Jadi seawal 9.00 pagi aku dah bergegas ke tempat kejadian untuk menjadi pengunjung yang ke 300 pertama..haha..
Pehhh!!!sampai jer tempat kejadian aku tengok ramai gilak yang dah beratur..Rupa-rupanya tak lah awal mana aku sampai memandangkan ada yang lagi awal..keciwa seketika aku..huhu..
Nasib aku agak baik pada hari tersebut kerana aku berada dalam kelompok 300 pertama..Setelah di beri nombor giliran, aku merupakan pengunjung yang ke 212..yeahh!!..:)
Tapi kesian jugak la tengok yang kecewa beratur lama-lama tapi dah melebihi 300 orang..ape boleh buatkan..:(

Oklah..malas nak cerita panjang..nombor pon dah dapat tunggu angkat ini barang ajelah..hehe..
Jom layan gambar di hari kejadian..:)


Ada aweks Samsung tuu..

Muka-muka yang ponteng kejer pon ada neh..:p
 
Apek bertongkat ni OKU(penglihatan) pon turut beratur..hehe
  
Customer pandu uji..:)
  
Siap bawak kerusi loh..huhu
  
Kaunter Maxis
 
Model berbaju hitam ada nampak..:p
 



Ini dia...:)
 
Memandangkan aku belom habis lagi uji kaji smartphone baru neh aku letak gambar kotak jer dulu lah kat sini..haha..
Untuk maklumat lanjut berkaitan smartphone ni boleh pi skodeng sini.-Samsung-
Nak tahu berkaitan dengan pakej line sila lah rujuk Maxis yer..

Gua choww dulu yer..mood happy tak habes lagi neh..hehe..

p/s:sebenarnya smartphone neh bukan untuk aku pon..tapi untuk cik bini..:)

June 20, 2011

Ahli Baru Rumahku

Salam.. Hai..

Malam ni bulan penuh dan aku pulak tak boleh tidoq lagi..Dan aku kena tidoq jugak sekejap lagi kalau tak kompom aku tak pi keje la esok pagi.Hari Isnin pulak tu hari yang malas..haha..

Ok.Tak payah nak melalut lebih-lebih lagi buang masa aku jer..Now,jom berkenalan dengan budak-budak baru rumah aku ni..hehe..


Snow
 

Rain
 
So,mereka ini lah ahli-ahli baru yang aku maksudkan tu yer..hehe..:)
Ini lah anak kucing kesayangan aku yang mana dalam proses pembesaran ke peringkat dewasa..Umur budak-budak ni lebih kurang baru nak masuk 2 bulan..yeke?Lebih kurang la..aku pon tak berapa nak ingat..huhu..
Si putih yang ala-ala chomel sikit tu namanya Snow..Sebab bulunya putih aku pon kasi nama Snow jer lah senang..haha..
Si kelabu yang berlagak ala macho tu pula aku kasi nama Rain dan yang ni aku tak tau sebab apa aku kasi nama Rain..hantam sajalah..:)



Gray
 
Yang ayu ni lah ibu yang melahirkan budak-budak tu..Gray si rabun..Walaupon matanya yang tak berapa nampak tapi agak cekap bila menjaga anak-anak nyer..Langgar-langgar sliding door rumah aku itu perkara biasa baginya..hehe..

Ok lah..Jom layan gambar budak-budak ni sikit..

Konon Macho la ni



Tidoq tak bertempat langsung..
 

Nak teman aku sampai tetidoq..haishh~
 
p/s : Chomell tak mereka?..hehe..


June 08, 2011

Pertama Kali Dan Bertuah

Salam.. Hai..

Semalam dengan jayanya aku dapat menonton filem Hoodwinked Too!Hood vs. Evil yang bertempat di TGV Cinema e@curve..Special screening tuh..Hasil cubaan aku terjah contest kat Nuffnang..hehe..
Tak sangka plak aku salah sorang yang bertuah dan terpilih untuk diberi tiket percuma hasil daripada contest yang aku terjah tu..hebat jugak aku yer .(ayat memoyokan diri).

Apa - apa pon tak sia-sia lah aku melayan keinginan aku untuk mencuba contest tu kan..hehe..
Munkin ada geng-geng lain yang dah banyak kali join dan menang contest-contest macam ni jangan la kutuk aku plak..Aku ni budak baru ok.Kalau dah pertama kali menang contest dari Nuffnang ni teruja la sikit kan..nak memoyokan diri sendiri lah..hahaha..

Movie ni boleh dilayankan dalam kepala jugak la walaupon cerita kartun..kepala-kepala yang tengah dok stress tu kurang la sikit lepas aku layan citer ni..hehe..
Keseluruhan aku enjoy citer ni..Banyak-banyak terima kasih untuk Nuffnang dan TGV Cinema di atas  kemurahan hati anda..Harap-harap dapat lah lagi tiket free..hehe..:p

June 07, 2011

Tindik | Kepuasan Yang Menghodohkan

Salam..Hai..

Aku sebenarnya tak kisah dan tak amik port sangat dengan apa sahaja yang berkaitan tindik - menindik neh..Tapi kalau dah sampai tahap melampaui batas kemanusian ni gerun jugak aku tengok..Apa kes?..haha..
Ramai jugak yang aku tengok suka cucuk sana dan cucuk sini..Hemsem ker?Stylo kot?Ganaskah?
Tak kisah lah, itu lu punya pasal..hehe..

Yang pasti aku belum pernah tengok lagi yang sekental bro - bro dalam gambar neh..Layan tebok - tebok beb..Bukan kecil tapi besar..Gila kental..huhu..

Berguna untuk tukang masak..hehe..

Menyembunyi kecantikan asli..:p

Naik rimas aku tengok..

Motif??

Berguna untuk letak barang kecil..haha..

Sangkar ular daa..


Nak kasi Hamster main kot..
Aku yang tengok ni pon dah macam perit jer..macam mana lah dia orang boleh tahan.Aiiyarkk~
Daripada asal kacak hemsem bergaya..kehodohan jugak menjadi pilihan mereka..demi satu kepuasan..:)

June 06, 2011

Skodeng Facebook Dan Twitter Dalam Gmail

Salam.. Hai..

Sedikit tip untuk dikongsi.Cara - cara menggabungkan akaun Facebook dan Twitter ke dalam platform email(Gmail) kita..Dengan cara ini kita tak payah lah nak semak-semak buka tab banyak-banyak dekat browser kita tu..hehe..Buka jer 1 tab semua ada kat dalam tu..senang kan..:)

Ok.Mai aku terang macam mana nak sumbat benda-benda ni..

  1. Mula - mula pastikan anda enable benda ni di ruangan Lab.-->Add any Gadget by URL

      • Sila klik ikon pada sebelah alamat email anda untuk ke ruangan Lab.Rujuk gambar di bawah.


Untuk Meletakkan Akaun Twitter.
  1. Pergi ke Setting - Gadgets.
  2. Copy link ini https://twittergadget.appspot.com/gadget-gmail.xml ke dalam kotak seperti di bawah.
  3. Klik Add.Siap sudah untuk Twitter..

Anda boleh lihat akaun Twitter berada di sebelah kiri email anda.



Untuk Meletakkan Akaun Facebook.
  1. Pergi ke Setting - Gadgets.
  2. Copy link ini http://hosting.gmodules.com/ig/gadgets/file/104971404861070329537/facebook.xml  ke dalam kotak seperti di bawah.
  3. Klik Add. Selesai.. 

Akaun Facebook juga akan berada di sebelah kiri email anda.
Klik Expand untuk besarkan macam ni.

Ok.Itu saja lah untuk dikongsi bersama..Harap-harap boleh paham lah hendaknyer..
Selamat mencuba yer..hehe..:)

May 28, 2011

Ini Jer Yang Mampu?

Salam..Hai..

Entri ini berkaitan dengan Peristiwa Berlari Di Malam Hari..Untuk menguji kekuatan kepala lutut aku..hehe..
Ok.Untuk yang tidak tahu apa - apa mai aku nak habaq..
Di awal bulan lalu satu acara Towerthon telah diadakan di Menara Kuala Lumpur.Dan aku adalah salah sorang yang mengambil bahagian..ngerti?hehe..

So, bagi mereka-mereka yang mengambil bahagian anda dah dapat ke keputusan keseluruhan pencapaian anda?Disebabkan aku dah dapat keputusan pencapaian aku maka dengan tak tahu malunye aku nak share kan kat sini..haha..


Untuk tahun ini aku hanya mampu mencatat masa 43.58 minit sahaja..Cantik lagi masa yang aku catit untuk tahun lepas punya..keciwa siot..hehe..
Ini lah akibatnya kalau main redah jer..Latihan apa semua tak ada macam mana nak ada stamina..kan?Merangkak la nak panjat tangga..huhu..

Tahun lepas ada la jugak aku buat latihan lari petang2 dekat Titiwangsa nun..Ada la jugak bawak bekal stamina sikit nak lari..Hasilnya dengan berbekalkan stamina yang ada dapat la catit masa ok la sikit berbanding tahun ni..hehe..
Dekat bawah ni keputusan yang aku dapat untuk tahun lepas..ok la sikit kan?..haha..


Orang lain ada peningkatan tapi aku menurun plak..haishh~
Walau apa pon aku tak kan putus asa..akan cuba lagi tahun depan..moh kite..:)
So,mulai dari sekarang marilah kita berlari di Tasek Titiwangsa mencari stamina..haha..

p/s : ada shiapa-shiapa ker nak lumba lari dengan aku tahun depan..ngee..:p

May 20, 2011

Iklan Menarik Untuk Perokok

Wahai perokok-perokok seangkatan..insaf lah..:)
 
 
 

Penyangkut Yang Agak Menarik Untuk Dimiliki

Di Ikea rasa nya belum ada lagi kot produk ni..hehe..


May 18, 2011

Terbaik Dari David Beckham | Fuuyooo...

Patut la orang cakap dia hebat..macam ni pon boleh ka..
Aku tak tau la dia guna tali ke ape..Lu orang kaji lah sendiri..hehe..

Gila Hebat!!

p/s:aku baling bola dalam bakul pon belum tentu masuk.hehe..

May 17, 2011

Jom Skodeng Ibu Pejabat Google

`
Googleplex ibu pejabat Google yang terletak di Mountain View,California.
Kalau lah tempat kerja aku macam ni...
Terbaik!!hehe..




May 15, 2011

Kalau Tak Sayang Bini Jangan Tengok

Salam 1Malaysia..

Khas untuk suami-suami yang sayang sama bini-bini mereka..hehe..
Kalau dah ramai bini maka sayangi lah mereka samarata..
zasss.layan...:)


Moga terhibur..:)

Angry Birds | Main Dekat Google Chrome Ajer..

Salam..Hai..

Berita baik untuk peminat permainan Angry Birds..
Anda tak ada iPad?tak ada iPhone?Android phone pon tak ada?..tapi teringin nak main Angry Birds?
Tak perlu stress2 lagi,pakai Google Chrome pon boleh beb..hehe..

Ok.Google Chrome telah menyediakan permainan yang paling hot untuk anda iaitu Angry Birds versi Beta.
Suka tak?Aku suka siot..hehe..
Ia disediakan dalam dua versi iaitu SD VERSION dan HD VERSION..Bagi yang guna PC agak power tu boleh la guna yang HD Version punya yer..:)
So,agak-agak bosan layan lah Angry Birds ni kejap..hehe..


Nak cuba ker?
Pi Skodeng sini : Angry Birds

Free Photo Editor | Befunky

Salam..Hai...

Cara mudah untuk edit gambar tanpa menggunakan aplikasi canggih seperti Adobe Photoshop dan sebagainya..
Aplikasi ini dikenali dengan nama Befunky merupakan salah satu extensions untuk browser Google Chrome.
So,sudah pasti lah untuk pengguna setia Google Chrome sahaja yer..hehe..


Ok.Aplikasi ini membolehkan anda edit dan menambah efek yang agak cantik dan menawan untuk gambar anda.Banyak tool dan efek yang disediakan dalam aplikasi ini yang boleh mencantikkan lagi gambar anda..Pandai-pandai lah pilih yang mana berkenan yer..



Anda hanya perlu install menggunakan link yang telah aku sediakan di bawah tu dan kemudian aplikasi tersebut akan berada pada Home Screen browser anda.



Di atas ni gambar yang telah aku edit menggunakan aplikasi ini.Aku rasa anda semua boleh edit cantik lagi kot..hehe..

Selamat mencuba yer..:)

Pi skodeng sini : Befunky Photo Editor

Taman Tema Sexx | 18SX

Hai..

Taman Tema Sex?Ada ker?hehe..
Taman tema ni memang wujud ok.Jangan salah paham bukan taman untuk aksi sex yer..:)
Dikenali dengan nama Jeju Loveland yang bertempat di Jeju Island, Korea Utara..
Taman ini dihiasi dengan berbagai aksi - aksi patung yang berahi..haha..
Jom skodeng gambar kat bawah ni.


May 08, 2011

BERLARI DI MALAM HARI




Salam..Hai..

Hari ni aku dah berjaya melepasi cabaran Towerthon buat ke - 2 kali nya dalam sejarah hidup aku..walawehh..(poyo plak) hehe..
Ok.Seperti yang aku nyatakan dalam entry lepas Towerthon Challenge yang aku tak kan dapat 1st place memang betol jadi kenyataan lah..haha..entah tempat ke berapa aku pon tatau lah..masa yang aku catat rasanya yang pasti kurang 1 jam lah..hehe..
Keputusan rasmi akan dikeluarkan 1 bulan dari sekarang.So,kena tunggu jer lah..
Asal kan dapat medal tak dapat 1st place pon tak po lah..hehe..


May 06, 2011

TweetDeck | Google Chrome Browser

Hai..

TweetDeck? Menatang apa?poyo sekejap..hehe..
Ok.TweetDeck ni merupakan platfom yang menggabung kan 4 aplikasi dalam browser anda..(untuk Google Chrome sahaja noh).
Antaranya aplikasi Facebook , Twitter , Foursquare dan Google Buzz. Sesuai lah kot untuk penggila Sosial Network neh..:)

Malas nak cerita banyak pi terjah sini. TweetDeck.

TweetDeck Aku.
Selamat Bersosial..:)

[Menarik Juga Untuk Diskodeng]