May 28, 2011

Ini Jer Yang Mampu?

Salam..Hai..

Entri ini berkaitan dengan Peristiwa Berlari Di Malam Hari..Untuk menguji kekuatan kepala lutut aku..hehe..
Ok.Untuk yang tidak tahu apa - apa mai aku nak habaq..
Di awal bulan lalu satu acara Towerthon telah diadakan di Menara Kuala Lumpur.Dan aku adalah salah sorang yang mengambil bahagian..ngerti?hehe..

So, bagi mereka-mereka yang mengambil bahagian anda dah dapat ke keputusan keseluruhan pencapaian anda?Disebabkan aku dah dapat keputusan pencapaian aku maka dengan tak tahu malunye aku nak share kan kat sini..haha..


Untuk tahun ini aku hanya mampu mencatat masa 43.58 minit sahaja..Cantik lagi masa yang aku catit untuk tahun lepas punya..keciwa siot..hehe..
Ini lah akibatnya kalau main redah jer..Latihan apa semua tak ada macam mana nak ada stamina..kan?Merangkak la nak panjat tangga..huhu..

Tahun lepas ada la jugak aku buat latihan lari petang2 dekat Titiwangsa nun..Ada la jugak bawak bekal stamina sikit nak lari..Hasilnya dengan berbekalkan stamina yang ada dapat la catit masa ok la sikit berbanding tahun ni..hehe..
Dekat bawah ni keputusan yang aku dapat untuk tahun lepas..ok la sikit kan?..haha..


Orang lain ada peningkatan tapi aku menurun plak..haishh~
Walau apa pon aku tak kan putus asa..akan cuba lagi tahun depan..moh kite..:)
So,mulai dari sekarang marilah kita berlari di Tasek Titiwangsa mencari stamina..haha..

p/s : ada shiapa-shiapa ker nak lumba lari dengan aku tahun depan..ngee..:p

May 20, 2011

Iklan Menarik Untuk Perokok

Wahai perokok-perokok seangkatan..insaf lah..:)
 
 
 

Penyangkut Yang Agak Menarik Untuk Dimiliki

Di Ikea rasa nya belum ada lagi kot produk ni..hehe..


May 18, 2011

Terbaik Dari David Beckham | Fuuyooo...

Patut la orang cakap dia hebat..macam ni pon boleh ka..
Aku tak tau la dia guna tali ke ape..Lu orang kaji lah sendiri..hehe..

Gila Hebat!!

p/s:aku baling bola dalam bakul pon belum tentu masuk.hehe..

May 17, 2011

Jom Skodeng Ibu Pejabat Google

`
Googleplex ibu pejabat Google yang terletak di Mountain View,California.
Kalau lah tempat kerja aku macam ni...
Terbaik!!hehe..




May 15, 2011

Kalau Tak Sayang Bini Jangan Tengok

Salam 1Malaysia..

Khas untuk suami-suami yang sayang sama bini-bini mereka..hehe..
Kalau dah ramai bini maka sayangi lah mereka samarata..
zasss.layan...:)


Moga terhibur..:)

Angry Birds | Main Dekat Google Chrome Ajer..

Salam..Hai..

Berita baik untuk peminat permainan Angry Birds..
Anda tak ada iPad?tak ada iPhone?Android phone pon tak ada?..tapi teringin nak main Angry Birds?
Tak perlu stress2 lagi,pakai Google Chrome pon boleh beb..hehe..

Ok.Google Chrome telah menyediakan permainan yang paling hot untuk anda iaitu Angry Birds versi Beta.
Suka tak?Aku suka siot..hehe..
Ia disediakan dalam dua versi iaitu SD VERSION dan HD VERSION..Bagi yang guna PC agak power tu boleh la guna yang HD Version punya yer..:)
So,agak-agak bosan layan lah Angry Birds ni kejap..hehe..


Nak cuba ker?
Pi Skodeng sini : Angry Birds

Free Photo Editor | Befunky

Salam..Hai...

Cara mudah untuk edit gambar tanpa menggunakan aplikasi canggih seperti Adobe Photoshop dan sebagainya..
Aplikasi ini dikenali dengan nama Befunky merupakan salah satu extensions untuk browser Google Chrome.
So,sudah pasti lah untuk pengguna setia Google Chrome sahaja yer..hehe..


Ok.Aplikasi ini membolehkan anda edit dan menambah efek yang agak cantik dan menawan untuk gambar anda.Banyak tool dan efek yang disediakan dalam aplikasi ini yang boleh mencantikkan lagi gambar anda..Pandai-pandai lah pilih yang mana berkenan yer..



Anda hanya perlu install menggunakan link yang telah aku sediakan di bawah tu dan kemudian aplikasi tersebut akan berada pada Home Screen browser anda.



Di atas ni gambar yang telah aku edit menggunakan aplikasi ini.Aku rasa anda semua boleh edit cantik lagi kot..hehe..

Selamat mencuba yer..:)

Pi skodeng sini : Befunky Photo Editor

Taman Tema Sexx | 18SX

Hai..

Taman Tema Sex?Ada ker?hehe..
Taman tema ni memang wujud ok.Jangan salah paham bukan taman untuk aksi sex yer..:)
Dikenali dengan nama Jeju Loveland yang bertempat di Jeju Island, Korea Utara..
Taman ini dihiasi dengan berbagai aksi - aksi patung yang berahi..haha..
Jom skodeng gambar kat bawah ni.


May 08, 2011

BERLARI DI MALAM HARI




Salam..Hai..

Hari ni aku dah berjaya melepasi cabaran Towerthon buat ke - 2 kali nya dalam sejarah hidup aku..walawehh..(poyo plak) hehe..
Ok.Seperti yang aku nyatakan dalam entry lepas Towerthon Challenge yang aku tak kan dapat 1st place memang betol jadi kenyataan lah..haha..entah tempat ke berapa aku pon tatau lah..masa yang aku catat rasanya yang pasti kurang 1 jam lah..hehe..
Keputusan rasmi akan dikeluarkan 1 bulan dari sekarang.So,kena tunggu jer lah..
Asal kan dapat medal tak dapat 1st place pon tak po lah..hehe..


May 06, 2011

TweetDeck | Google Chrome Browser

Hai..

TweetDeck? Menatang apa?poyo sekejap..hehe..
Ok.TweetDeck ni merupakan platfom yang menggabung kan 4 aplikasi dalam browser anda..(untuk Google Chrome sahaja noh).
Antaranya aplikasi Facebook , Twitter , Foursquare dan Google Buzz. Sesuai lah kot untuk penggila Sosial Network neh..:)

Malas nak cerita banyak pi terjah sini. TweetDeck.

TweetDeck Aku.
Selamat Bersosial..:)

May 04, 2011

TOWERTHON CHALLENGE 2011 | THE THRILL BEGINS AFTER SUNDOWN.



Masa yang ku nanti-nanti sudah datang yok..KL International Towerthon Challenge kembali lagi..aku yang tak sedar diri terasa gagah ni adalah salah seorang peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara tahunan ini..hehe..
Ok.OK...Aku tau la aku tak kan menang 1st place pon..nak berlari dengan nigel2? memang tak dak harapan lah nak dapat tempat ke 18 sekali pon..haha..Lari sambil gelak ketawa sudah..(dah tahu tak boleh menang kan..)hoho..
Event ni aku dah pernah join pon tahun lepas..tapi lariannya pada waku siang..lain pulak untuk tahun ni kena lari malam seh..mau ada yang tidor tepi tangga ni aku rasa..hehe..mencabar sket kot..belasahh..

Hari ni aku dah dapat Nombor dan Chip larian..so,tunggu nak lari jer lah nanti..hehe..
GooD LucK for me...:) 

Nombor Badan & Chip aku..

More Info at kltower.com.my

Testing 123...



m@rdĐёё

May 03, 2011

CIKGU AYU | LAYAN SAJA..

Hai..

Sepetang di Office yang membosankan aku..Sambil merenung hujan di tepi tingkap dan seperti biasa tak ada apa yang menarik pon..huhu..(apa aku merapek neh).

Ok.Actually aku just nak share lagu peberet aku yang kompom aku akan dengar dekat office aku neh dikala keboringan melanda..Aku layan sorang2 pon tak syok jugak kan..Jom layan karok sama2..

Aku tujukan khas untuk Cikgu Ayu tak kira di mana berada..hehe~
Mari berkarok..
zasss!!layan...:)





Teringat masa dulu Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Teringat masa dulu Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu Kenapa rasa rindu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru Di situ rumah cikgu
Rumahnya Cikgu Ayu Pujaan hatiku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Ini kisah cintaku Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu Juga kawan-kawanku ayah ibu

Cikgu Ayu
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cikgu Ayu

ok.abesh...:)

May 01, 2011

SAWARABINA CAFE | Tasek Titiwangsa.

Sekali makanan Arab daaa...huhu~

Ok.Hari ni aku nak promote sikit makanan arab boleh?hehe...
Sebenarnya dah lama aku skodeng kedai neh sebab dekat jer dengan area tempat keje aku..tapi tak pernah singgah lagi la..
So,hari ni saja ajak awek aku pi coba2 sat..dari pandangan tepi jalan aku ingat kan kedai makan western tapi silap daa.. Dah malas nak pi kedai lain aku pon duduk saja lah coba2..haha..
Bila dah duduk datang la pelayan bagi menu..Sekali aku buka menu dea tulis Arab daaa..Nasib baik menu dwi-bahasa..(macam kamus plak) haha...

Serius aku belek menu tu aku tak tau nak makan apa..kalau nak main belasah order je takut aku tak tau makan plak..hehe..
Dah abis belek aku pon belasah je lah menu yang paling pelik kat dalam tu..nak buat macam mana kan..


Apa aku order?Penah makan Chicken Mandi?ha.itu la yang aku order..pelik tak?haha..
Minum nya aku order Sawarabina Cocktail..sebab aku tengok nama pon macam nama kedai jer..belasah..

[Menarik Juga Untuk Diskodeng]