June 25, 2011

Aku Di Hari Perebutan Samsung Galaxy S 2

Salam.. Hai..

Ok.Ramai yang tahu hari Rabu lepas 22 Jun 2011 Samsung telah melancarkan Smartphone terbarunya iaitu Samsung Galaxy S II.Yang mana kejadian berlaku di Centre Court Midvalley MegaMall..
Manakala ramai pula yang tak tahu dah lama aku dok intip-intip Samsung Galaxy S II neh..hehe..

Sempena pelancaran smartphone terbaru ini Samsung dengan kerjasama Maxis telah mengadakan promosi yang agak hot-hot gitu untuk pengunjung 300 yang pertama..Maka ramai lah peminat-peminat tegar smartphone tak nak lepaskan peluang macam ni kan..Untuk pelanggan 300 pertama hanya perlu membayar RM799 sahaja untuk smartphone ini..siapa tak nak beb..tapi dengan syarat kena pakai Maxis line lah..:)

Memandangkan dah lama aku idam-idamkan smartphone ini manakan mungkin aku akan lepaskan peluang sebegini kan..Jadi seawal 9.00 pagi aku dah bergegas ke tempat kejadian untuk menjadi pengunjung yang ke 300 pertama..haha..
Pehhh!!!sampai jer tempat kejadian aku tengok ramai gilak yang dah beratur..Rupa-rupanya tak lah awal mana aku sampai memandangkan ada yang lagi awal..keciwa seketika aku..huhu..
Nasib aku agak baik pada hari tersebut kerana aku berada dalam kelompok 300 pertama..Setelah di beri nombor giliran, aku merupakan pengunjung yang ke 212..yeahh!!..:)
Tapi kesian jugak la tengok yang kecewa beratur lama-lama tapi dah melebihi 300 orang..ape boleh buatkan..:(

Oklah..malas nak cerita panjang..nombor pon dah dapat tunggu angkat ini barang ajelah..hehe..
Jom layan gambar di hari kejadian..:)


Ada aweks Samsung tuu..

Muka-muka yang ponteng kejer pon ada neh..:p
 
Apek bertongkat ni OKU(penglihatan) pon turut beratur..hehe
  
Customer pandu uji..:)
  
Siap bawak kerusi loh..huhu
  
Kaunter Maxis
 
Model berbaju hitam ada nampak..:p
 



Ini dia...:)
 
Memandangkan aku belom habis lagi uji kaji smartphone baru neh aku letak gambar kotak jer dulu lah kat sini..haha..
Untuk maklumat lanjut berkaitan smartphone ni boleh pi skodeng sini.-Samsung-
Nak tahu berkaitan dengan pakej line sila lah rujuk Maxis yer..

Gua choww dulu yer..mood happy tak habes lagi neh..hehe..

p/s:sebenarnya smartphone neh bukan untuk aku pon..tapi untuk cik bini..:)

June 20, 2011

Ahli Baru Rumahku

Salam.. Hai..

Malam ni bulan penuh dan aku pulak tak boleh tidoq lagi..Dan aku kena tidoq jugak sekejap lagi kalau tak kompom aku tak pi keje la esok pagi.Hari Isnin pulak tu hari yang malas..haha..

Ok.Tak payah nak melalut lebih-lebih lagi buang masa aku jer..Now,jom berkenalan dengan budak-budak baru rumah aku ni..hehe..


Snow
 

Rain
 
So,mereka ini lah ahli-ahli baru yang aku maksudkan tu yer..hehe..:)
Ini lah anak kucing kesayangan aku yang mana dalam proses pembesaran ke peringkat dewasa..Umur budak-budak ni lebih kurang baru nak masuk 2 bulan..yeke?Lebih kurang la..aku pon tak berapa nak ingat..huhu..
Si putih yang ala-ala chomel sikit tu namanya Snow..Sebab bulunya putih aku pon kasi nama Snow jer lah senang..haha..
Si kelabu yang berlagak ala macho tu pula aku kasi nama Rain dan yang ni aku tak tau sebab apa aku kasi nama Rain..hantam sajalah..:)



Gray
 
Yang ayu ni lah ibu yang melahirkan budak-budak tu..Gray si rabun..Walaupon matanya yang tak berapa nampak tapi agak cekap bila menjaga anak-anak nyer..Langgar-langgar sliding door rumah aku itu perkara biasa baginya..hehe..

Ok lah..Jom layan gambar budak-budak ni sikit..

Konon Macho la ni



Tidoq tak bertempat langsung..
 

Nak teman aku sampai tetidoq..haishh~
 
p/s : Chomell tak mereka?..hehe..


June 08, 2011

Pertama Kali Dan Bertuah

Salam.. Hai..

Semalam dengan jayanya aku dapat menonton filem Hoodwinked Too!Hood vs. Evil yang bertempat di TGV Cinema e@curve..Special screening tuh..Hasil cubaan aku terjah contest kat Nuffnang..hehe..
Tak sangka plak aku salah sorang yang bertuah dan terpilih untuk diberi tiket percuma hasil daripada contest yang aku terjah tu..hebat jugak aku yer .(ayat memoyokan diri).

Apa - apa pon tak sia-sia lah aku melayan keinginan aku untuk mencuba contest tu kan..hehe..
Munkin ada geng-geng lain yang dah banyak kali join dan menang contest-contest macam ni jangan la kutuk aku plak..Aku ni budak baru ok.Kalau dah pertama kali menang contest dari Nuffnang ni teruja la sikit kan..nak memoyokan diri sendiri lah..hahaha..

Movie ni boleh dilayankan dalam kepala jugak la walaupon cerita kartun..kepala-kepala yang tengah dok stress tu kurang la sikit lepas aku layan citer ni..hehe..
Keseluruhan aku enjoy citer ni..Banyak-banyak terima kasih untuk Nuffnang dan TGV Cinema di atas  kemurahan hati anda..Harap-harap dapat lah lagi tiket free..hehe..:p

[Menarik Juga Untuk Diskodeng]