June 25, 2011

Aku Di Hari Perebutan Samsung Galaxy S 2

Salam.. Hai..

Ok.Ramai yang tahu hari Rabu lepas 22 Jun 2011 Samsung telah melancarkan Smartphone terbarunya iaitu Samsung Galaxy S II.Yang mana kejadian berlaku di Centre Court Midvalley MegaMall..
Manakala ramai pula yang tak tahu dah lama aku dok intip-intip Samsung Galaxy S II neh..hehe..

Sempena pelancaran smartphone terbaru ini Samsung dengan kerjasama Maxis telah mengadakan promosi yang agak hot-hot gitu untuk pengunjung 300 yang pertama..Maka ramai lah peminat-peminat tegar smartphone tak nak lepaskan peluang macam ni kan..Untuk pelanggan 300 pertama hanya perlu membayar RM799 sahaja untuk smartphone ini..siapa tak nak beb..tapi dengan syarat kena pakai Maxis line lah..:)

Memandangkan dah lama aku idam-idamkan smartphone ini manakan mungkin aku akan lepaskan peluang sebegini kan..Jadi seawal 9.00 pagi aku dah bergegas ke tempat kejadian untuk menjadi pengunjung yang ke 300 pertama..haha..
Pehhh!!!sampai jer tempat kejadian aku tengok ramai gilak yang dah beratur..Rupa-rupanya tak lah awal mana aku sampai memandangkan ada yang lagi awal..keciwa seketika aku..huhu..
Nasib aku agak baik pada hari tersebut kerana aku berada dalam kelompok 300 pertama..Setelah di beri nombor giliran, aku merupakan pengunjung yang ke 212..yeahh!!..:)
Tapi kesian jugak la tengok yang kecewa beratur lama-lama tapi dah melebihi 300 orang..ape boleh buatkan..:(

Oklah..malas nak cerita panjang..nombor pon dah dapat tunggu angkat ini barang ajelah..hehe..
Jom layan gambar di hari kejadian..:)


Ada aweks Samsung tuu..

Muka-muka yang ponteng kejer pon ada neh..:p
 
Apek bertongkat ni OKU(penglihatan) pon turut beratur..hehe
  
Customer pandu uji..:)
  
Siap bawak kerusi loh..huhu
  
Kaunter Maxis
 
Model berbaju hitam ada nampak..:p
 



Ini dia...:)
 
Memandangkan aku belom habis lagi uji kaji smartphone baru neh aku letak gambar kotak jer dulu lah kat sini..haha..
Untuk maklumat lanjut berkaitan smartphone ni boleh pi skodeng sini.-Samsung-
Nak tahu berkaitan dengan pakej line sila lah rujuk Maxis yer..

Gua choww dulu yer..mood happy tak habes lagi neh..hehe..

p/s:sebenarnya smartphone neh bukan untuk aku pon..tapi untuk cik bini..:)

[Menarik Juga Untuk Diskodeng]